Assalamuaikum.
Semalam baru habis buat kpp 02.
Nak dijadikan cerita, aku dah lama simpan lesen L, sejak dari bulan 5 2016 tapi tak sempat nak buat kpp 02 sebab dekat surfine hulu langat tu kata bulan tujuh baru ada orang boleh ajarkan. Memang lamalah nak tunggu. Mama kata cari tempat lain. Ahad lepas mama bawa aku belajar dekat IMKEDA, tempat dia belajar dulu. Kami pergi daftar dekat imkeda tepi balai polis batu 9 tu. Kecil je tempat dia. Ada mak cik berumur 60-an jaga tempat tu. Baru aku tahu dia owner tempat tu. Mak cik tu kata esok terus aku boleh belajar. Lepas dah bayar semua, kami balik.
Esoknya, jam 8.15 pagi aku dah sampai depan pejabat semalam. Aku book pukul 9 pagi, so kena tunggu lah setengah jam lebih. Nervous jugalah masa menunggu tu. Terfikir macam mana kalau instructor aku tu garang ke, moody tak tentu pasal ke. Aku berzikir je lah nak tenangkan hati. 8.59 a.m aku perasan ada seorang lelaki dewasa 30-an keluar dari kereta belajar memandu yang diparkir depan pejabat. Muka macam garang aku tengok. Dia masuk dalam pejabat. Aku memang tunggu kat luar je. 9.03 am, lelaki tu keluar lepas tu pandang aku sambil senyum nipis. Dia suruh aku ikut dia. Aku dalam hati rasa lega sikit sebab ingatkan dia garang ke apa, rupanya tak. Dia bawa aku pergi tempat belajar kereta. Kami tak ada borak apa. Masing-masing diam. Baguslah, aku bukan pandai bercakap sangat pun.
Sampai di sana, aku ikut dia masuk pejabat. Dia uruskan pasal kpp 02 aku lah kat sana. Lepas tu, aku ikut seorang pak cik cop jari. Cop jari pak cik tu kena ada sekali. Setelah itu, aku dan lelaki tadi masuk ke dalam kereta semula. Kami pun berkenalan nama. Dia suruh panggil abang Zam je. Dia tanya aku dah sarapan ke belum, aku kata belum, lalu dia decide nak pergi sarapan dulu. Start situ kami ada lah borak-borak sikit. Usai sarapan, dia bawa masuk ke tempat tadi. Dia mulakan kpp 02 aku. Aku pun belajarlah pasal RPK dan RSM. Abang tu bagi tahulah semua yang patut aku tahu dan patut aku jawab bila test dengan JPJ nanti. Kebetulan masa belajar tu, ada sebuah kereta parking sebelah kami. Instructor tu pak cik tua, dia menjerit-jerit dekat calon dia. Dia orang buat benda yang sama dengan kami. Waktu itu aku bersyukur sangat dapat abang Zam yang baik hati sebagai instructor aku. Dia ajar satu-satu weh. Aku buat salah pun dia tak marah ke apa, dia cuma tegur dan ingatkan semula. Syukur alhamdulillah. Dah selesai, dia bawa aku pergi minum dan kami pun borak-borak sementara tunggu pukul tiga sebab nak check-out. Tak boleh nak check-out awal sebab nanti tak cukup jam belajar. Yang cop jari tadi tu kira check-in lah. Belajar pasal RPK dengan RSM tu sekejap je sebenarnya haha.
Pukul 3 pm lebih, abang Zam hantar aku balik. Sebelum tu, dia bagi juga list RPK & RSM yang aku kena ingat. Baik gila dia. Kau murahkanlah rezeki dia ya Allah. Aku kalau jumpa orang baik ni memang tak boleh, asyik rasa terharu je haha. Sekarang ni aku kena tunggu kpp 03 lah. Tak tahu bila nak buat. Okay, thanks sebab baca :) Harap-harap korang yang nak ambil lesen memandu tu boleh lulus dengan senang dan lancar.
Salam,nak tanya antara surfine dgn imkeda mana yg paling okay?
ReplyDelete