Dah lama tak update blog ni. Dua tahun tak update apa-apa. 👀 Tiada apa sangat yang berlaku sepanjang dua tahun ni. Itu yang macam malas nak update sangat. Tapi! Berdasarkan tajuk post ini mesti sesiapa dah boleh agak apa yang sedang berlaku dalam hidup aku ketika ini haha. Ya, I dapat sambung belajar!
Aku dapat sambung belajar degree dekat UITM Puncak Alam. Syukur Alhamdulillah.
Happy sangat! Sebelum periksa keputusan hari tu, 1 Ogos to be exact, aku fikirkan tak dapat sebab sebelum ni banyak kali gagal UPU. Bila masuk laman web upu tu, nampaklah 4-5 link. Pertama kali aku nampak link macam tu. Jadi aku tekanlah salah satu. Masa tu aku pun masih tak pasti betul ke check result kat situ. Aku bantai juga isi no IC dan jeng jeng jeng - muncullah keputusan upu aku seperti gambar di atas. Rasa keliru dan tidak terjangka tu membuatkan aku tak sempat nak bagi reaksi apa-apa. Termenung aku kat depan skrin laptop haha. Otak aku asyik - "Eh? Eh? Biar betul?" 😂
Diploma aku dulu di International Islamic College, Gombak. Course yang sama, Islamic Banking. Sangat bertuahlah sebab dapat sambung dalam bidang yang sama.
Disebabkan aku pelajar diploma IPT lain, aku daftar masuk pada 3 September nanti. Yang lain seperti SPM/Pra Dip/STPM, etc, mereka daftar masuk lebih awal dan akan terlibat Minggu Destini Siswa (MDS) atau Program Destini Siswa (PDS). Aku pula tak terlibat dalam mana-mana dua events tu. Tak tahu pula kenapa diploma IPT lain tak terlibat sekali. But I guess that's a good thing? hm. Oh ya, kuliyah juga mula pada tarikh yang sama aku masuk daftar nanti. Dalam pdf yang aku download, dia kata kami kena daftar kat kolej sebelum daftar di fakulti. Harap tak kelam kabutlah aku pada hari tu nanti.
I'll keep updating my new life in UiTM Palam. Hopefully everything's going to be fine.
No comments:
Post a Comment