Sunday, September 9, 2018

Seminggu di Palam - SM Part 2

Assalamualaikum.

3 September - Daftar di uitm Palam. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami sekeluarga sampai di kolej Dahlia. Tercari-cari dekat mana tempat pendaftaran, rupa-rupanya ada dekat dalam dewan makan. Abang yang jaga kaunter tu cuma minta sehelai surat tawaran beserta nombor ibu atau bapa. Setelah itu, kunci rumah dan bilik diberi.

--- Koleh Dahlia kolej baru so memang cantiklah rumahnya. Ada lif dan juga mesin basuh yang berada di tingkat paling bawah, paling hujung. Satu rumah ada lapan orang dan setiap dua orang kongsi satu bilik. Ada tiga bilik mandi, dan dua bilik mandi tu ada tandas duduk. Sinki dan cermin kat luar. Lagi kat bilik mandi tu, ada pintu ke balkoni untuk sidai kain.
-- Dalam bilik ada katil, almari, meja belajar, rak atas, board, whiteboard, dua soket dan lampu meja.
-- Tingkap di ruang tamu tu tutup bila hujan lebat. Hari tu biarkan je, sekali tengok habis basah lantai rumah hehehe
-- Bawalah selipar tandas, penyapu dan mop sebab lantai berdebu.

Okay lepas bawa segala barang masuk bilik, aku terus pergi fakulti aku untuk daftar fakulti lah. Ada sedikit kejadian tapi aku tak nak cerita, buat sakit hati je. Aku naik aras 3 dan masuk bilik pendaftaran. Masa aku mendaftar, dia cuma suruh tulis nama, no pelajar, dan no telefon kot? Aku tak pasti no telefon tu. Lepas tu aku bagi semua dokumen yang dia suruh bawa tu, cuma gambar 8 keping je dia tak ambil, jadi aku tak pasti lagi untuk apa gambar tu dibawa. Medical checkup dan kad pelajar tu mereka akan bagi email bila kena buat, just kena tunggu je lah.

Lepas dia kata dah tak ada apa-apa, aku balik semula ke kolej and bid farewell to my parents. Petang tu berkenalan dengan roommate dan housemates yang lain. Masing-masing keliru nak buat apa. Pasal jadual, kelas, macam mana nak daftar, tiada siapa yang tahu macam mana nak buat. Kami terpinga-pinga hari itu.

4 September

Pukul 9.22 pagi aku dan housemates yang lain pergi ke fakulti. Kami naik tangga tinggi dan panjang menuju ke bus stop kat seberang jalan. Bila dah sampai fakulti, kami pergi ke pejabat fakulti. Dapat tahu kena activate nombor student. So kami pun beratur dan tunggu turn kami. Lepas activate, abang tu kata kena tunggu dalam masa 24 jam baru boleh buka portal student (untuk daftar jadual) Jadi aku fikir hari ni tak payah masuk kelas lah? Tapi dia kata 'kena masuk kelas juga. Jadual dah ditampal kat luar. Siapa yang diploma ipt lain kena tengok jadual part 2.'

Mula-mula aku kurang faham. So sebenarnya, dorang sediakan jadual untuk students, kita students just jumpa koordinator kursus (KK) untuk tahu kita ni masuk group mana. Contoh, course aku ada tiga group, A, B dan C. KK aku kata aku group B, jadi aku kena tengok jadual group B. [Pasal group ni boleh di buka sampai group L, tengok juga pada jumlah pelajar ikut course pada semester tu lah]

Berbalik pada yang abang tu yang kata kena tengok jadual part 2 - ada gr. A dan B. Abang tu cakap masuk je mana-mana dulu. Aku pun ikut jadual gr. B dan pergilah ke kelas pukul 2 petang. Lepas habis kelas, aku ikut kawan baru pergi pejabat fakulti nak jumpa KK. Dapat tahu kami ni part 1 bukan part 2 (ceh abang tu) KK masukkan kami dalam group C (sebab kami yang minta) Jadi keesokannya, aku daftar subjek-subjek ikut part dan group aku secara online.

5 September

Advisor aku call aku and aku bagi tahu pasal tak boleh nak register kelas sebab dah full. Dia suruh jumpa someone kat pejabat fakulti so aku tak masuk kelas and terus pergi pejabat. Malangnya, orang yang aku nak jumpa tu tak ada. Tapi abang yg kat kaunter tu suruh aku jumpa orang lain yang uruskan benda yang sama. Masa jumpa orang tu, dia buka quota pelajar setiap kelas gr. C untuk aku daftar masuk. Malam tu aku berjaya daftar semua subjek kecuali satu subjek eleftif. Aku biarkan dulu.

6 September

Dua kelas cancel hari tu. Jadi, aku teman kawan pergi jumpa KK sekali lagi untuk tanya pasal subjek elektif tu. Then dapat tahu KK tukarkan kami ke group lain pula. Aku masuk group B -.- sebab gr. C untuk pelajar STPM.

7 September

Aku salah masuk kelas. Well, not literally lah. Aku tunggu luar kelas 10 minit sebelum waktu mula kelas aku, tapi student kat dalam tak keluar-keluar lagi bila dah 8.30 pagi. Aku mula-mula ingat dorang ni previous class. One of them keluar, aku tegurlah ni kelas apa. Dorang kelas insurans. Aku dah pelik. Aku kelas accounting. Dia kata kelas aku tempat lain. Hah...... Aku pun cari kelas aku yang sepatutnya and bila dah jumpa tak berani masuk sebab dah lambat dan lecturer pun dah masuk wehh. Aku ponteng kelas hari itu lol Jangan ikut perangai ini.

Disebabkan Isnin dan Selasa cuti, aku balik rumah hari ini. Aku tukar kelas aku secara online tapi satu kelas tak boleh masuk sebab full pula. Kelas hari Rabu pula tu. D:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pasal makan kat kolej, tak perlu risau. Kat kolej Dahlia ada tiga empat kedai makan. Kat kolej lain pun sama ada kedai makanan juga tapi mungkin lebih banyak (im not sure). Kat kawasan sebelah masjid ibn Sina ada lah juga gerai makanan. Kalau rajin, pergilah beli situ.

Anyway, aku cerita apa yang aku tahulah. Kalau ada yang salah, maklumat berlainan ke, I'll correct it soon. Bye

No comments:

Post a Comment