Friday, August 24, 2018

Bayar Yuran UITM

-sambung tajuk - Melalui Bank Islam Online shj

Assalamualaikum

Dua minggu lepas rasanya aku dah selesai bayar yuran pengajian UITM. Aku bayar melalui online dan sangatlah senang ya.

Seminggu sebelum bayar tu, memang aku keliru nak bayar melalui kaedah apa. Ingat nak pakai ATM je tapi mama pula risau kalau tiba-tiba kertas resit ATM habis. Jadi mama cadangkan buat secara online. Aku berkerut. Rumah tak ada printer, pendrive pun tak ada. Macam mana nak print bukti pembayaran? Tapi mama desak juga buat melalui online. Memandangkan aku tak ada akaun online, aku kena register lah kan? Jadi aku nak ajar satu persatu, dari cara register sampailah macam mana nak bayar yuran tu. Ini untuk sesiapa yang pertama kali nak mencuba kaedah ini. Aku akan cerita ikut pengalaman aku.

A. Cara-cara Register

Pergi website Bank Islam (tekan je, nanti keluar tab baru)

1. Seterusnya klik pada FIRST TIME USER.
2. Bacalah terma dan syarat tu kalau nak. Tick kemudian Continue.
3. Pilih jenis kad anda - Bank Islam ATM/Debit Card. Continue.
4. Masukkan nombor yang ada pada kad ATM Bank Islam anda dan nombor pin kad ATM tu.
5. Continue.
6. Masukkan details yang patut. Ha part ni annoying sikit, lagi-lagi username tu. Banyak kali username aku kena reject sebab ada yang pakai haha. Okay lepas dah siap tu, tekan confirm. Dah siap!

Peringatan: Private image, private word, user ID dan password tu kena ingat ya. Screenshot atau catat kat kertas supaya senang sekira terlupa nanti.

B. Cara Log In

1. Pergi website Bank Islam tu semula.

2. Tekan INTERNET BANKING LOGIN













2. Isi User ID yang korang susah payah cipta tadi










3. Lepas isi user ID dan tekan login, keluar pula macam ni. Dia tunjuk private image dan private word yang korang pilih tadi. Jika pasti dengan image dan word tersebut, tekan I acknowledge this my bla bla tu. Keluar pula kotak password di bawah. Isi dan login.
(Dalam gambar aku dah tutup maklumat aku, tu yang kosong je)

















4. Dan keluar begini.














C. Cara Bayar

Dekat Panduan Pelajar dah ada cara tapi aku ajar jugalah.

Dekat page Home, aku nampak arahan suruh register nombor telefon. Yang Mobile Number Maintenance tu. Aku registerlah nombor phone then dia bagi result FAILED macam ni. Pelik dan cuak lah juga. Aku nak bayar pun tak boleh lagi.












So, aku pergi ATM Bank Islam, masukkan kad ATM dan nombor pin macam biasa. Kemudian terpampang skrin suruh isi nombor telefon. Dah isi dan selesai, aku pergi kedai gambar lepastu balik. Aku singgah di office mama sebab nak cuba bayar dan print terus kat situ. Mula-mula tu pembayaran failed. Aku terfikir untuk buat sekali lagi Mobile Number Maintenance tu. Akhirnya, baru berjaya dan aku dapat juga bayar yuran. Jadi, fungsi update nombor telefon adalah untuk dapatkan i-Access Code untuk teruskan pembayaran. Tak dapat kod tu, tak boleh bayar.

Summary:
0.1. Mula-mula pergi mana-mana ATM Bank Islam dan update nombor telefon anda
0.2. Kemudian register nombor telefon anda secara online. Check kat Setting - Mobile Number Maintenance

Okay ni cara nak bayar
1. Login. Tekan Bill Presentment. Ada dua Bill Presentment kan? Ikut suka nak tekan mana-mana, sama je sebenarnya.














2. Isi nombor IC dan submit. Kemudian akan keluar senarai macam ni. Tekan UiTM > tekan pay lalu akan keluar maklumat - nama pelajar, nombor pelajar, jumlah bayaran yg dikenakan, kotak code iAC, etc. Yang code tu aku tak ingat kena request dulu atau dia bagi terus. Request dulu rasanya.














**Nanti korang akan dapat nombor i-Access Code dekat phone korang. Isikan code 6 digit itu dekat kotak iAC tu for payment confirmation. Lepas dah berjaya dan selesai, sila print resit sebagai bukti pembayaran. Kemudian, korang akan dapat mesej dari IB yang korang ada buat pembayaran. Okay itu saja rasanya. Harap-harap ini membantu dan semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment