Assalamualaikum.
Wehhh!!!! Tak sangka gilaaaa. HAHAHAH OK let me tell you.
Minggu lepas aku plan dengan kawan aku yang rapat masa zaman dip untuk jumpa. Sebabnya nak jumpa for the last time lah kiranya sebelum masuk belajar bulan 9 ni. Lepas masuk belajar kan mesti susah dah nak hang out. Aku pun nak beritahu dia yang aku sambung belajar.
So kami plan jumpa hari ni, which is hari Jumaat.
Kami plan nak jumpa di LRT KLCC. Aku gerak dalam pukul 8 pagi lebih. Naik MRT Sri Raya (menghala ke Sungai Buloh) dan berhenti di MRT Pasar Seni. Tukar ke LRT Pasar Seni - masa tukar MRT ke LRT ni tak perlu bayar tau.
Aku bagi tahu satu-satu.
Korang (bagi yang tak tahu) hanya perlu keluar dari tren MRT Pasar Seni
> naik tangga/escalator
> rajinkan dongak kepala, tengok penanda arah (senang cerita belok ke kanan lepas naik tangga tadi)
> akan nampak tangga/escalator menuju ke LRT Pasar Seni
> hah naiklah
> berdirilah di mana-mana dua platform yang akan melalui stesen yang anda hendak tuju (memang ada dua je pon)
> disebabkan aku nak pergi ke KLCC, aku ambil tren laluan menuju Gombak
> tunggu belakang line, jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
> tren sampai
> masuk
See, takde bayar apa pun.
Hah aku nak cerita part ni. Kalau kat MRT tadi korang rasa tenang je. Bila masuk je LRT, kau akan rasa 'aku kat Jepun ke ni?' Memang penuh weh lrt tu. Nasib baik aku badan kecil je, senang menyelit masuk. Tadi sampai ada seorang lelaki ni terpaksa tunggu tren seterusnya sebab dah penuh sangat. Kesian dia nak pergi kerja. Lagi satu, suara announcer untuk dua stesen perhentian tak ada. Tak sure lah aku yang pekak ke, atau pembunyi suara memang rosak. Dang Wangi dengan Masjid Jamek. Jadi kepada pengguna baru, dinasihatkan sebelum naik tu kira beberapa stesen yang akan korang lalui. Senang sikit nak agak stesen yang korang nak berhenti.
Aku tiba di LRT KLCC dengan selamat. Alhamdulillah. Before nak touch, aku baru je nak call kawan aku, dia dah call dulu lol. Disebabkan dia lambat lagi, aku tunggulah hampir 30 minit kat antara Avenue K dan lorong ke Suria KLCC. Pukul 10 pagi lebih baru dia sampai. Sempat jugalah aku pergi 7E nak beli air.
Kami borak-borak. Then aku cakap kat dia yang aku ada something nak bagi tahu. Dia teka dulu. Betul pulak tu haha. Dia tanyalah belajar mana, aku cakap Uitm Palam. Lepas tu dia kata dia ambil degree pengajian jarak jauh (pjj) dekat palam. Aku pun macam eh? Dia pun 'eh?' balik bila aku kata aku balas 'samalah kita'. Mesti korang macam pelik dengan perbualan ni. Sebenarnya masa aku cakap aku sambung kat uitm Puncak Alam, dia tersalah dengar Shah Alam. Dia ingat aku masuk Shah Alam. Lol sebab tu masing-masing dok 'eh? eh?'
Dah faham kenapa aku dok jerit selepas bagi salam kat atas tu? HAHAH KAMI SAMBUNG BELAJAR KAT TEMPAT YANG SAMA !!!!! Excited gila aku. Even though, cara belajar dan course lain, tapi kami belajar kat tempat yang sama hehehehe. Dulu plan nak sambung belajar kat swasta yang sama tapi tu lah keadaan kewangan aku yang tak mengizinkan pula. Tapi tahun ni dapat sambung tempat sama hohoho. Inikah yang dinamakan jodoh tak ke mana? (no homo)
Lepastu kami enjoy, tangkap gambar sana sini, shopping, lunch, borak gosip sana simi, tangkap gambar lagi. And that's it. Lepas tu kami balik ke rumah. Cara aku balik sama je dengan cara aku datang. Cuma terbalik je lah.
#Tak sabar nak masuk belajar 😶
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Assalamuaikum. Semalam baru habis buat kpp 02. Nak dijadikan cerita, aku dah lama simpan lesen L, sejak dari bulan 5 2016 tapi tak sempa...
-
Assalamualaikum. 3 September - Daftar di uitm Palam. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami sekeluarga sampai di kolej Dahlia. Tercari-cari dek...
-
Selamat kembali! Alhamdulillah semester 1 dah habis. Fuh mencabarlah juga sem 1 ni. Nasib baik aku dapat duduk di kolej untuk semester k...
No comments:
Post a Comment