Assalamualaikum dan salam sejahtera.
I'm back with a new post.
Jadi kali ni nak cerita pengalaman praktikal sepanjang 6 bulan pada tahun 2021.
Senang ke nak cari tempat praktikal? Dia bergantung kepada usaha dan rezeki lah juga. Macam kawan sekelas, dia cari awal-awal, jadi dia dapat cepat. Macam aku ni pula, cari lambat, dapatlah lambat juga haha. Senang cerita, lagi banyak korang apply, lagi tinggi peratus untuk dapat interview. Ya interview dulu, belum diterima lagi tau. Jadi di sinilah kalian menonjolkan soft skill communication korang. Part ni aku tak boleh komenlah sebab banyak kali tersasul ayat, gagap, gemuruh semasa iv tapi alhamdulillah aku diterima.
Aku diterima oleh satu syarikat kecil di Ampang sebagai Admin/Management. Pergi naik kenderaan awam je. Kerja banyak melibatkan taip itu ini, print itu ini, isi borang itu ini tetapi memandangkan pekerja sangat terhad jumlahnya, akulah buat copywriting, artikel, bantu operation team keluarkan barang, kira barang masuk dan keluar, buat iklan cari pekerja dan macam-macam lagi. Tapi bukan aku seorang saja, ada yang lain pun buat benda yang sama.
Nak kata susah, tak juga. Kerja-kerja ni masih berada dalam kadar keupayaan dan pengetahuan aku dan kalau ada yang aku tak tahu tu, aku ambil peluang untuk belajar. Jadi nasihat aku kepada yang bakal intern untuk kali pertama ni, buang jauh-jauh pemikiran dan sikap negatif. You are going to deal with a real life work environment, and most of the time what we've learnt at the university and what we're going to practice at the workplace, it's going to be different. But as long as kalian keep the professionalism, you're going to be okay. Lagi-lagi kalian yang diterima kerja sebagai admin ni, bila mana kalian kena berkomunikasi dengan orang luar, ada cara percakapan dan nada dia, ada cara tulis text dan email. Tolong elakkan bercakap dengan pelanggan atau sesiapa dalam lingkungan pekerjaan dengan bahasa pasar. Be professional as you can.
Selain dari itu, pengetahuan Microsoft Excel sangat penting tau. Bagi yang tak tahu macam mana nak guna Excel ni, korang boleh tengok video dekat Youtube ataupun dekat TikTok. Aku memang ada masuk kelas Excel dekat universiti, jadi senanglah sikit bila majikan minta aku buat kerja yang berkaitan dengan Excel. In fact, aku pun ada ajar beberapa rakan sekerja guna Excel. Jadi memang bergunalah untuk korang belajar.
Berkenaan majikan, alhamdulillah, majikan aku baik orangnya. Ada juga ketegasan tapi mereka suka beri nasihat dan tak marah sangat kalau buat silap. Selain tu, mereka sangat pentingkan solat, jadi mereka akan tegurlah kami kalau lambat solat ke apa. Apa-apa, pentingkan solat dahulu. I'm very grateful for that. Culture dekat syarikat ditentukan majikan, setiap pagi sebelum mula kerja, kena baca doa dan kemas office. Sebelum waktu balik pun kena baca doa juga. Setiap hari Jumaat pula, kami akan baca Yassin dan ada potluck selepas tu. Save duit makan tengah hari sebab makanan potluck mesti banyak punya 😆 Oh ya selain tu, kami kena buat laporan tugasan harian untuk pagi dan petang; dan hantar pada majikan. Tapi ni semua bergantung kepada syarikat ya, ada yang lain culturenya.
Pada bulan 5, dah mula PKP 2 kan? Aku diarahkan untuk berada di rumah A.K.A Work From Home. Mula-mula tu tak tahu nak buat apa lah sebab skop kerja aku melibatkan peralatan dekat office, jadi untuk WFH aku ditugaskan untuk buat posting di Facebook dan buat jualan barang office. Aku hanya perlu chat dengan sesiapa yang berminat nak beli je lah. Dari situ aku dapat komisen jualan ehehe
Sampai bulan 8 aku WFH dan intership aku juga tamat pada bulan itu. Dalam tempoh PKP 2 tu, aku ada juga pergi office untuk mengemas office dan serahkan kad kerja pada majikan. Hari terakhir aku, aku hantar mesej ws dekat majikan, ucap terima kasih, minta maaf sepanjang aku bekerja dekat situ. Korang walaupun tak suka ke dengan syarikat korang, bila dah hari terakhir tu korang ucaplah yang elok-elok pada supervisor korang. Akhirkan dengan baik-baik. Like I said earlier, be professional as you can.
Kalau perkara yang aku tak suka tentang syarikat, sudah tentu ada tapi aku tak rasa berbaloi pun untuk diceritakan dan dipanjangkan. Apa yang aku boleh cakap, pilih syarikat dengan elok dan hati-hati. Aku doakan sesiapa yang baca posting ini, bakal mendapat tempat intern dengan mudah, yang senang nak pergi, work culture yang seronok, majikan yang baik dan memahami dan harap korang dapat peroleh ilmu yang banyak dari syarikat yang korang dapat. I wish you guys all the best!